Populariti terkini Halaman pengakuan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak sekolah telah memulakan "Halaman Pengakuan" untuk sekolah mereka sendiri, Hal ini kerana pelajar mereka merasakan bahawa ini adalah cara yang menarik untuk berkongsi fikiran dan pendapat mereka. Ia telah pun menjadi satu cara untuk para pelajar menyatakan idea-idea yang biasanya mereka tidak akan lakukan jika perkhidmatan itu bukan tanpa nama. Sebagai contoh, seorang pelajar menyatakan, "Saya jatuh cinta dengan teman wanita saya tetapi saya menipunya sehingga ke padang permainan sekiranya dia pernah menipu saya." Seorang pelajar lain menyatakan, ""Kepada lelaki itu, dengan mohawk/fohawk dalam kelas Intro to Eng, awak comel. Saya mahu awak, tapi saya merasa takut untuk bercakap dengan awak." [10] Selain itu, halaman ini kadangkala membawa kepada pertemuan secara peribadi di antara individu-individu yang terlibat atau disebut dalam halaman pengakuan. Sebagai contoh, apabila para pelajar mendapati yang bahawa orang lain menganggap mereka menarik, mereka merasakan keinginan untuk mengetahui siapa orang itu dan dengan bersosial di kalangan mereka, mereka mungkin dapat bertemu dengan orang yang membuat pengakuan tersebut.

Halaman pengakuan ini bukan sahaja dapat membantu para pelajar untuk mencari orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang sama dengan mereka. Malah, halaman pengakuan ini juga dapat membantu para pelajar untuk mencari hiburan dan kenalan baru dari dalam komuniti mereka. Halaman pengakuan ini menyediakan pentas bercerita yang boleh dikaitkan dengan pengalaman peribadi para pelajar tanpa merasakan tekanan untuk mendedahkan identiti mereka. Berdasarkan pengalaman seorang pelajar dari Universiti Arizona yang telah mencipta halaman pengakuannya sendiri menyatakan "Terdapat ramai orang yang mengemukakan perkara tentang masalah yang mereka alami, mereka memerlukan rakan atau seseorang untuk bercakap dengannya. Selepas berkongsi, akan ada ramai orang yang akan cuba menghubungi mereka dengan berkata, 'Ini nombor saya' atau 'Mesej saya.'" Pelajar yang sama juga menyatakan "Hakikatnya, sama ada besar atau kecil, kita semua pernah atau sedang menghadapi beberapa jenis masalah pada masa yang sama, dan kita sendiri tidak selalu mempunyai seseorang atau tidak tahu dengan siapa untuk bercakap." Maka, para pelajar yang datang ke halaman ini selalunya merasakan halaman pengakuan ini merupakan tempat yang selamat untuk berkongsi perasaan dan masalah mereka. [9]

Rujukan

WikiPedia: Halaman pengakuan http://www.cbc.ca/news/canada/thunder-bay/school-b... http://www.dailycamera.com/ci_22877547/confessions... http://www.huffingtonpost.com/2013/03/27/confessio... http://www.insidehighered.com/news/2013/02/26/coll... http://mashable.com/2013/03/19/facebook-confession... http://www.mercurynews.com/ci_22817076/students-te... http://missoulian.com/news/opinion/editorial/confe... http://www.thehindu.com/features/education/confess... http://www.centraltimes.org/features/2013/12/06/ce... http://tribune.com.pk/story/535191/social-stigma-b...